Monday, March 23, 2009

benda benda dibenci

1. aku benci bila aku tak cukup tidur lepas tu terjaga pada pukul 11 pagi sebab ada construction more specifically bunyi orang menukang.aku marah.tapi aku lagi marah sebab aku tahu aku tak patut dan tak boleh marah.pukul 11 pagi bukan waktu tidur.tapi aku berhak marah sebab aku tidur pukul 6.30 pagi.siapa suruh.

2. aku benci bila aku tak rajin nak buat kerja, tapi tengok Criminal Minds 6 episod one go boleh pulak.kenapa syaitan dalam diri bukan syaitan workaholic.

3. aku benci tengok orang beli pen 2 batang lepas tu mintak plastik.

4. aku benci orang tak pam tandas awam bila pam tu sebenarnya berfungsi.

5. aku benci untuk membenci.jadi aku patut rasa terhibur kerana pertukangan yang disebut tadi telah berlanjutan dari pukul 11 pagi ke 4 petang ni.

1 comment:

LeSScAkAp said...

congratulations!!!!

u just hit the jackpot...

just enjoy it while it lasts