Tuesday, March 24, 2009

benda benda disukai

1. aku suka senyum pada kucing.macam senyum pada manusia dimana aku hanya or selalu senyum pada manusia perempuan, tapi aku senyum juga walau pada kucing jantan.it's a good thing they never smiled at me back.ye lah kalau tidak mesti mak aku dah hantar dekat tanjung rambutan sebab mengaku ada kucing jantan balas senyuman ku.ee comelnya.

2. aku suka membaca.kotak cereal pun kalau boleh nak baca.lagi lagi suratkhabar balut nasi lemak or balut sayur beli kat pasar tani.time nak makan or nak siang sayur tu lah baru nak baca.selalunya berita atas suratkhabar macam tu yang paling interesting.

3. aku suka bila budak budak suruh aku buat sesuatu.tolong lukiskan gambar princess bergaun lawa,tolong ikatkan riben, buat aku rasa macam fairy.ha ha.

4. aku suka cuaca panas di siang hari.walau kadang termerungut.tapi aku prefer hari panas dari hari hujan.sebab kalau hujan lagi lagi kelas pagi,mesti aku tak mahu pergi kelas.tapi kalau boleh malam tu biar hujan walau kadang aku sakit sakit sendi.oh manusia, tamak dan tak bersyukur.

5. aku suka bila boyfriend jadi super sweet.sebab lepas tu mesti tak kisah sangat kalau kucing tak senyum kat aku ke,suratkhabar nasi lemak kena sambal ke,budak komplen rupa princess macam maimon talib ke (ampun) or eh yang last tu aku tak boleh tipu.

sweet mana boyfriend pun aku tak suka pergi kelas hujan hujan.

2 comments:

W. Suhailaliza W. M. H. said...

#2 tu aku pun suka.
tapi sejak aku jadi pembaca yang malas ni, aku tak baca mana pun...

ish ish

LeSScAkAp said...

patut la ko punye facts n words are at times rather obscure (ntah betul ke tak penggunaanye saje je nak compete ngan ko hahah)
rajin membaca rupanya

aku dah agak dah hahahahahah

hujan ataw tak kalau dah malas tu tak nampakny ebtang hidung didalam kelas hahahahaha