aku cuma ada seorang adik.sahaja.memang selama ini aku ada dia sebagai kawan sebagai lawan (lawan lagi banyak rasanya).dia cuma muda setahun jadi memang fungsi kami lebih sebagai kawan dan kadang kadang macam dia pulak yang abang (contoh : kau nak pegi gig? jangan ngada2 dowh. jangan kawan dengan mamat XXXX tu, aku kenal dia, dia jahat)
dulu kecik kecik, memang main sama sama punya.dari rounders, tangkap berudu, cuma bila sekarang tinggi dia dah lebih satu kaki dari aku and berat agaknya lebih 20kg dari aku,kami tak se'chummy' sewaktu kecik dulu.lagi pun dia dah kerja bila aku masih lagi terhegeh hegeh nak habiskan degree.
untuk mengeratkan perhubungan adik beradik, kami kadang2 berkongsi cita rasa.muzik, tak sangat, certain2 je.movies, cerita lawan lawan cerita kelakar, kami tengok sama sama. (dulu aku upah dia rm5 supaya dia tengok CD king kong dengan aku, tak semenggah)
suatu hari aku yang gemar bercakap tanpa henti ni cuba memancing hatinya dengan bercerita pasal blog Hilang Punca. pot pet pot pet. satu hari waktu aku di shah alam and sedang berkaraoke lagu Seribu Tahun Takkan Mungkin baik punyaa dia sms. 'kak apa nama blog yang kau cakap tu'.aku tak ada kredit, masuk lagu Semalam Yang Hangat, dia telefon pulak.
the rest is history.
..bersambung...
I'm back?
7 years ago
No comments:
Post a Comment